Saturday, August 29, 2009

resepi ayam masak merah

Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit
Bahan-bahan yg perlu di kisar
4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato
Bahan Hias
1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya
Cara-cara
Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga masak
Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. hidangkan

Friday, August 28, 2009

menu hari ini

hai semua...dah bersedia dgn juadah untuk berbuka harini?
mari kita kongsikan menu yang kita sediakan untuk keluarga kte harinie. menu yang saya sediakan untuk suami tersayang harinie ringkas je..tp yang penting mestilah sedapkan...menu saya harinie ialah:
1.nasi putih
2.tomyam ayam+sayur
3.sayur goreng
4.ikan goreng
5.sambal belacan
6. air oren

selamat berbuka semua

Thursday, August 27, 2009

resepi bihun singapore

BAHAN UTAMA:
600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
200 gm daging [hiris nipis dan rebus lembut]
200 gm sotong [hiris kecil]
200 gm kucai [potong pendek]
250 gm kobis [racik halus]
1 batang carrot [sagat ]
3 camb minyak garam air

BAHAN TUMBUK:
1 camb lada hitam
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

BAHAN HIASAN / TUMBUK:
1 biji telur [buat dadar dan hiriskan]
2 biji cili merah [mayang halus]

CARA-CARANYA:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2.Masukan daging dan kacau rata.
3.Bila nampak masak masukkan sotong, kobis, carrot, garam dan air. Kacau rata.
4.Masukkan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5.Bila nampak bihun lembut masukkan daun kucai.
6.Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
7.Bila menghidang, taburkan
telur dadar dan cili merah.

puasa oh puasa

selamat berpuasa kapada semua....mcmana posa harinie...dh ada ke yg tgal puasa...emm bagi isteri-isteri tue mesti duk tgh pkr skrg ni.apa aku nk masak ptg nie untuk berbuka puasa. mesti pening kpla duk pkr pasal menu untuk berbuka. smlm menu yg aku sediakan adlah seperti berikut:
1. sup tulang
2. ikan goreng
3. sayur goreng touge+sawi+tauhu
4. telur dadar
5. nasi putih
6. jus oren

nie lah menu kami sekeluarga smlm....hajatnya harinie nk masak yg simple ja...bihun goreng singapore.hehehhe..kalau kwn2 ada menu best bleh la kte shara2. k.lahhh.bye. slmt berbuka.

Saturday, August 8, 2009

my son

hi semua...dh lama tak mencoret dlm blog nie...rindu plak...saje nk cerita pasal ank kesayangan mama nie...muhammad aqil yang pandai dan lincah sekali...aqil dh bleh jalan,,jumaat haritue 31 julai genap umur dia satu tahun..tak sambut pn lg besday dia...kasian kat ank mama nie...kalau dh bleh bercakap mesti dia tanya ble mama ngn abah nk sambut besday dia nie...nanti mama ngn abah usahakan ya...jgn bimbang tau..mama syg sgt kat aqil...

Sunday, August 2, 2009

wedding anie....

selamat pagi....
saje je nk borak2 kat sini. ada kat tmpt keje nie..agaknya anie dh update blm gambar kawin dia kat blog dia..hari juamat hari tue p kenduri member baik eida sejak zaman sekolah lagi kami kamcing...SNEBMA tue lah nama geng kami.meriah bukan main lagi.semua hijau termasuklah agar2 ngn airnya sekali. tuan yg tengah menaip nie pn hijau...hehehe.sokong member lah katakan..apa ape pn eida nk wishkan kt anie "SELAMAT PENGANTIN BARU". sory lah smlm tak dpt join korang p mkn ya...

aqil...

aqil...

love abah

love abah

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP